Monday - Saturday (10.00 AM - 6.30 PM)
Selamat Datang, Sila LOGIN atau BUKA AKAUN.
  • SECURE SITE

    100% Pembelian Online Selamat

  • DELIVERY

    Penghantaran ke seluruh Malaysia

  • 100% ORIGINAL PRODUCT

    Jaminan Wang DiKembalikan

  • SMS / WHATSAPP

    +6017-285 4084 | +6012-932 6393

Shopping Cart
0 item(s) - RM0.00
Your shopping cart is empty!
Aura White Aura White (Chocolate Indulgence)                                               Diformulasikan dengan teknologi dari Jepun yang men.. Category: Anvils Product #: Aura White 0 stars, based on 0 reviews Regular price: RM110.00 $RM110.00 Available from: Mira Condition: excellent condition 10
Home » Health & Natural Food » Aura White (Chocolate Indulgence)

Aura White (Chocolate Indulgence)

Aura White (Chocolate Indulgence)
Jenama: Aura White
Kod Produk: Aura White
Stok: 10
HARGA:
RM150.00 RM110.00

Harga​             : RM110.00

Kandungan     : 900gm

Hubungi  
Sms/WhatsApp :017-285 4084 / 012-932 6393

  •   CASH ON DELIVERY NOT AVAILABLE FOR THIS 
         PRODUCT

                                             

Diformulasikan dengan teknologi dari Jepun yang menggabungkan ramuan dan herba yang kaya dengan khasiat seperti kolagen dari sumber ikan talapia, mutiara, koko, biji anggur dan L-Glutathione, Aura White Beauty Pure L-Glutathione + Hydrolyzed Collagen ini akan membantu anda meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Ia membekalkan nutrisi untuk kesihatan kulit, rambut, tulang, otot, juga sesuai untuk ibu hamil dan sedang menyusukan. Pure L-Glutathione + Hydrolyzed Collagen hadir dengan perisa coklat yang enak dan sesuai untuk lelaki dan wanita.


CARA PENGGUNAAN AURA WHITE (CHOCOLATE INDULGENCE)

1.Bancuh 3 sudu Aura White Pure L-Glutathione + Hydrolyzed Collagen bersama 120 ml air sejuk
2.Kacau atau goncang dengan shaker
3.Ambil 2 kali sehari sebelum sarapan dan waktu tidur
4.Selepas mengambil produk ini, elakkan mengambil minuman berkafein
5.Elakkan pengambilan ketika haid


KHASIAT AURA WHITE (CHOCOLATE INDULGENCE)

-Meningkatkan kecerahan kulit wajah
-Mencegah penuaan kulit
-Melembap dan menyerikan kulit
-Memperbaiki sel kulit
-Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
-Menyihatkan dan menyerikan rambut
-Mengukuhkan otot, tulang dan kuku
-Meningkatkan tahap tenaga
-Meningkatkan tahap metabolisme dan sistem imunisasi
-Mengatasi masalah sendi, sembelit, rekahan kaki
-Meningkatkan penghasilan susu ibu
-Membekalkan nutrisi untuk ibu mengandung

KANDUNGAN AURA WHITE (CHOCOLATE INDULGENCE)

-Hydrolyzed Tilapia Collagen Peptide: Kolagen yang terhasil melalui psoses hidrolisis dari kulit ikan Talapia ini berperanan untuk melambatkan proses penuaan serta membentuk semula kolagen yang kian menyusut pada bahagian sendi, tulang, kulit dan bahagian-bahagian lain. Kajian pakar membuktikan yangkolagen dari kulit ikan talapia ini mampu mengekalkan kecantikan kulit, mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu untuk memulihkan keanjalan otot dan masalah sendi.

-L-Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik, kering, dan juga menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia berupaya meneutralkan radikal bebas, memulihkan kembali sel tubuh yang rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.

-Hyaluronic Acid: Asid ini merupakan karbohidrat yang terdapat dalam tubuh manusia, juga boleh dihasilkan di dalam makmal. Selain melancarkan bahagian sendi dan otot dalam badan, Hyaluronic acid merupakan pelembap kulit yang baik, di samping membantu memelihara tisu kulit.

-Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Mengikut pendapat pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh.

-Serbuk Mutiara: Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.

-Serbuk Koko: Koko sarat dengan pelbagai nutrien seperti vitamin A, karbohidrat dan protein yang berkhasiat untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, melancarkan peredaran darah, membekalkan sumber tenaga, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan tekanan.

-Enzim Q10: Mempunyai struktur yang sama dengan vitamin, enzim Q10 berperanan merangsang tenaga fizikal dan pertumbuhan. Ia merupakan agen antioksida yang melindungi tubuh dari kerosakan, selain membantu melancarkan proses penghadaman serta fungis organ dalaman seperti jantung dan otot.

-Pitera: Zat semulajadi ini mengandungi pelbagai khasiat yang ternyata efektif untuk menghalus dan menyihatkan kulit. Ia mampu menstabilkan kelembapan kulit, menyeimbangkan pH kulit, mengatasi kulit berminyak, menjadikan tona kulit sekata selain menyerikan lagi kulit wajah anda.Kalsium:

-Zink: Zink merupakan salah satu mineral yang amat penting untuk tubuh badan kita. Ia berperanan mencegah masalah kulit seperti parut dan jerawat, di samping membantu menyembuhkan luka pada kulit dan melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.

-Biji anggur: Biji anggur dipercayai mampu membantu kita mengurangkan pengambilan kalori serta berkesan untuk melambatkan penyerapan diet sekaligus mengurangkan rasa lapar.

-Asid Amino: Asid amino merupakan sebatian yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit.