Putih Collagen
  Monday - Saturday (10.00 AM - 6.30 PM)
Selamat Datang, Sila LOGIN atau BUKA AKAUN.
  • SECURE SITE

    100% Pembelian Online Selamat

  • DELIVERY

    Penghantaran ke seluruh Malaysia

  • 100% ORIGINAL PRODUCT

    Jaminan Wang DiKembalikan

  • SMS / WHATSAPP

    +6017-285 4084 | +6012-932 6393

Shopping Cart
0 item(s) - RM0.00
Your shopping cart is empty!
Eniq World Putih Collagen                              Putih Collagen Diperkaya dengan khasiat dari sumber kolagen marin, L.. Category: Anvils Product #: Eniq World 0 stars, based on 0 reviews Regular price: RM48.00 $RM48.00 Available from: Mira Condition: excellent condition 5
Home » Beauty Supplement » Putih Collagen

Putih Collagen

Putih Collagen
Jenama: Eniq World
Kod Produk: Eniq World
Stok: 5
HARGA:
RM59.00 RM48.00

Harga​             : RM48.00

Kandungan     : 20 Sachet

Hubungi  
Sms/WhatsApp :017-285 4084 / 012-932 6393

  •   CASH ON DELIVERY NOT AVAILABLE FOR THIS 
         PRODUCT

                            

Putih Collagen Diperkaya dengan khasiat dari sumber kolagen marin, L-Glutathione dan mutiara, Putih Collagen membantu anda memiliki kulit yang lebih cerah di samping memelihara kulit anda agar ia tampil lebih halus dan bermaya.


CARA PENGGUNAAN PUTIH COLLAGEN

Bancuh 1 paket Putih Collagen bersama segelas air panas atau sejuk
Kacau hingga larut
Ambil pada waktu pagi dan malam sebelum makan


KHASIAT PUTIH COLLAGEN

Meningkatkan kecerahan kulit
Menyingkir toksin dari tubuh badan
Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
Membantu menyingkir sel kulit mati
Mengatasi masalah jerawat, selulit, parut, jeragat, pigmentasi dan kulit kusam
Meningkatkan keanjalan kulit
Membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
Menyerlahkan keremajaan kulit
Menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat
Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
 
KANDUNGAN PUTIH COLLAGEN

Susu Skim (Tanpa Lemak): Susu lembu yang telah diesktrak keluar lemaknya ini sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat, mengurangkan risiko serangan kanser serta mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit. Susu turut berupaya memperbaiki tona kulit agar lebih sekata, mengecilkan liang pori, mempercepatkan pemulihan luka, menyingkir sel kulit mati di samping membantu mengurangkan kesan alahan, kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan kejelitaan kulit. Selain itu juga, susu skim turut mengandungi vitamin B-kompleks dan asid amino yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular, meningkatkan sistem imunisasi dan melancarkan peredaran darah.

Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada krimer bukan tenusu. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.

Gula: Selain menambahkan lagi rasa manis dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.

Vanila: Vanila membantu menambah rasa yang enak di dalam produk ini di samping tinggi kandungan antioksidan yang berupaya mengatasi kerosakan kulit akibat pencemaran dan kandungan toksin dalam tubuh badan.

Malt: Malt merupakan bijiran yang telah dikeringkan serta tinggi kandungan asid amino, vitamin B-kompleks, serta mineral seperti zink, kalsium, magnesium dan fosforus yang mampu membekalkan tenaga jasmani, menggalakkan penghasilan protein dalam tubuh badan, meningkatkan kadar metabolisme seterusnya membantu anda mengawal berat badan.

Oat: Selain kaya dengan serat, kalsium, protein, zat besi dan magnesium yang berupaya memelihara kesihatan dalaman tubuh termasuk jantung dan saluran pencernaan, oat juga tinggi kandungan vitamin E dan polisaccharide yang berupaya masalah kulit seperti kulit kering, parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam di samping membantu menyingkir sel kulit mati, memperbaiki tesktur kulit, meningkatkan kecerahan kulit dan mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit.

L-Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan kering di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka. Di samping itu, Gluta turut berupaya menyahtoksin dan meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang penuaan dan kerosakan sel.

Mutiara: Mutiara berperanan meningkatkan kecerahan, kelembapan, dan kehalusan kulit wajah di samping melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan kanser kulit, mengatasi kegatalan serta mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.

Kolagen Marin: Kolagen dari sumber marin yang boleh diesktrak dari kulit atau sisik ikan air masin ini merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia berupaya meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Vitamin C: Turut dikenali sebagai asid arkobik, vitamin C merupakan nutrien yang penting bagi rawatan kulit. Ia bersifat antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan proses penuaan kulit.

Astaxanthin: Astaxanthin yang merupakan pigmen organik ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan selain membantu menentang penuaan dan merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu di samping bertindak sebagai bahan pewarna yang selamat untuk digunakan.